Tuesday, April 10, 2012

♂| Sahabat TERBAIK |♂

9 April 2012
aku dapat call "munir, alip dah meninggal td"
-"am, alip yg mana ko jangan main2.. alip yg mana? alip yg mana? alip yg mana?"
berulang kali aku bertnya.
"alip kawan ko. kawan kita, kawan baik ko"
innalillahiwainnailaihirojiun
#accidentmotor- (aku pun motor user/agak seram plak)

sebak sedih..
alip izzan kau sabahat terbaik aku.
aku sayang kt ko..
tp ALLAH lebih menyanyangi ko lebih.


perkenalan kita bermula masa aku menjadi student MSU
dia budak baru masuk dorm aku... loghat kedah dia sngt pekat.
terkadang byk kata2 yg aku kurang paham..
"munir, ada org cakap jgn kawan ngan hang.. kena hati2 kawan ngan hang"
dialog itu lah yg mula rapatkan aku ngan dia. aku pun xtau kenapa ada org cakap mcm tu kt da.. dan dia sngt mempercayai aku.. dia kata aku baik dan kenapa dia dgr org lain cakap.. last2 kita mmg rapat. dah aku sayang kt dia.. dia deman aku jaga.. (aku dah mcm abg dia sbb kt shah alam ni dia xde famili, dak2 hostelkan famili dia) abaikan lah apa org cakap. yg penting aku rapat ngan dia.. ada org cakap aku gay ngan dia.. pedulikan org cakap.. sebab dia adalah sabahat didunia dan akhir yg slalu mengingatkan aku tentang solat.

kami slalu makan sama... lepaking sama.. dia slalu citer kt aku pasal awek2 yg dia suka.. kami bercanda suka ria... dalam masa yg sama.. dia juga slalu menasihatkan tentang hidup cinta.. dia slalu bercerita tentang cinta dia.. skrang aku dah kehilangan kawan/sabahat yg terbaik..

last chat di Facebook bersama dia #sahabatsejati



dia slalu temankan aku makan.. tp kali ini dia tidak bole temankan aku makan sebab dia nk tidur. dan tidur selamanya.. samasa di PPUM (Pusat Perubatan University Malaya) aku hanya melihat dia tidur dengan nyenyak dengan wajah yg sempura. kali terakhir aku jumpa ko pun aku kacau ko tidor.. kini aku tidak lagi dpt menganggu tidur la.. seblum ni aku slalu kacau bila dia tidur. dia mmg kaki tidor tp SOLAT tidak pernah tingal. ku hanya teringin kucup dahinya. akan tetap.. aku rebah seketika.. alip, aku sayangkan ko. ko sabahat terbaik... "aku pun jahat gak, hang je yg tak tau" dialog beliau..

ramai yg sayang kt dia. sbb dia seorng kawan/sabahat terbaik buat sesiapa yang mengenali nya.. sebelum dia meningalkan kami semua.. hnya status2 fb dia yg buat adalah peringatan utk kita semua yg masih hidup


alip. skali lagi aku nk cakap aku sayangkn ko..
aku bersyukur pada ALLAH kerana menemunikan kawan sehebat ko..
last kita jenjelan sama kt PAS (plaza alam sentral) dan kt pnks.. jalan2 cari buku SHERLOCK ko nk sngt baca buku tu... ko belikan buku utk aku juga dan highlight warnawarni utk adik aku.. "bila lagi aku nk belanja hang, hang slalu belaja aku. skrang aku nk belanja hang" - aku terharu..

byk kenangan yg tidak mampu utk aku taip disini alip.. hanya gambar senyuman mu buat aku tersenyum.. semoga segala amalanmu diterima dan diampuankn segala dosa2 mu.. semoga hang tenang di alam sana.. aku akan selalu merindukanmu. ko adalah sabahat terbaik dunia akhirat. tiada org lain yg dapat mengantikan tempat mu.. AL-FATIHA.


KENANGAN BERSAMAMU



Sunday, February 6, 2011

♂| Dia adalah Catholic, Theology;Pentafsir Agama | ♂



Salam...

Kepada followers dan pembaca blog saya, terima kasih atas kesudian anda membaca artikal saya ini. "Dia adalah Catholic, Theology;Pentafsir Agama " Mungkin perkenalan kami hanya seketika dan ini menjadi sejarah dalam hidup saya. Anda mungkin bertanya siapakah dia? bagaimana saya mengenali dia? Maaf, saya tiada jawaban untuk soalan-soalan tersebut. Maaf sekali lagi..

Mula-mula saya menyangka dia adalah seorang Muslim yakni Islam dan umurnya diawal 20an. Sangkaan saya salah. Sepengtahuan saya, dia kacukan Melayu Cina Arab dan membesar ni bandaraya yang pesat di Selangor; Petaling Jaya. Maka dengan itu, mungkin bukan saya sahaja yang menyangka dia beragama ISLAM, tetapi dia adalah Catholic. Ibunya keturuan Cina beragama Katolik dan ayahnya pula Melayu Arab beragama Islam. Kalau tidak salah, dia mungkin pandai berbahasa arab.

“Theology”
Apakah theology itu? “Teologi (bahasa Yunaniθεος, theos, "Allah, Tuhan", + λογια, logia, "kata-kata," "ucapan," atau "wacana") adalah wacana yang berdasarkan nalar mengenai agama, spiritualitas danTuhan. Dengan demikian, teologi adalah ilmu yang mempelajari segala sesuatu yang berkaitan dengan keyakinan beragama. Teologi meliputi segala sesuatu yang berhubungan dengan Tuhan” via Wikipedia

Saya difahamkan dia mempelajari ilmu teologi di “The University of Aukland, New Zealand” dan mengambil aliran ISLAM. Saya bukan menaip artikal ini tentang latar belakang dia kerana saya tidak mendapat kepastian lebih lanjut tentang itu tetapi saya disini untuk berceritakan tentang pengalaman saya (Story of Munir) dan apa yang saya lihat untuk dikongsi bersama dan kejadian ini memeranjatkan kehidupan saya.

Saya amat terkejut bila pertama kali menjejaki di kamarnya dan melihat setiap sudut dikelilingi dengan buku-buku ilmiah. Buku-buku tersebut temasuklah Kitab suci Al-Quran Penterjemahannya, The holy bible juga ada dan segala buku-buku mengenai ISLAM dan KRISTIAN. Saya amik kesempatan membaca judul² buku tersebut. Di dindingnya pula terpapar dua lukisan khat yang agak besar “الله أكبر (ALLAH IS GREAT)” Adakah itu lukisan(tulisan) dia ketika zaman kanak²? Saya juga ternampak salib serta air “Holy Water”. Inilah kali pertama saya melihat air tersebut. Di screen laptopnya, saya melihat dia seperti mengkaji tentang Islam dan dia menonton youtube perdebatan Shabir Ally dengan christian apologists(pembela² agama kristian) tentang percangahaan Islam dan Kristian. Shabir Ally, Siapakah beliau? Perkara yang amat memeranjatkan saya adalah surah Al-fatihah serta terjemahannya terpapar jelas dipintu masuk biliknya. Saya berfikir “Seorang Catholic dan bukanya Islam meletakkan surah yang HEBAT itu di pintu biliknya?”

Saya sangat terkejut dan musykil.
Banyak lagi pertanyaan yang ingin ditujukan kepada dia
103:1,2,3

p/s:id=100000520213138

Saturday, January 29, 2011

♂| Jobless| ♂

Salam..

Akhirnya saya kembali menaip blog setelah sekian lama menyepi dengan tajuk yang sangat unik.Jobless.

Alhamdulillah saya telah menampatkan pengajian saya di intitusi pengajian tinggi, MSU (Management and Science University) mulai saat ini saya adalah seorang graduasi dari PTPL dan MSU. saya amat banga dengan diri saya sendiri kerana setelah mengharungi liku² saat menjadi mahasiswa. hampir saja saya berhenti pengajian. Saat ini mulalah saya akan mengejar hidup baru iaitu alam pekerjaan. Temuduga-temuduga sudah saya harungi dan saya mendapat mengalaman yang amat tercabar memalui temuduga tersebut. Semasa saya menuntut di MSU saya adalah siswa yang sangat gigih bekerja sebagai crew McDonald, melakukan aktivivi persatuan dan belajar (last minute). Setelah hampir sebulan saya menjadi gradusi, saya masih tidak mendapatkan pekerjaaan (jobless). Amat kesal dan kecewa kerana masih mencari-cari pekerjaan. Ramai orang berpendapat "sekarang ini susah nk cari kerja, jangan la pilih kerja, amik je mana² yg dapat" tapi saya masih belum mendapat pekerja, Mungkin belum lagi rezeki.




Usaha, Tabal, Sabar dan Tawakal

Monday, March 15, 2010

♂| puisi : dia | ♂

Renungan matanya
menusuk naluri duri mawar merah
gengaman tangannya
mengigilkan jasad beku tanpa salju
pelukan tubuhnya
menghangatkan jiwa terkena rembesan gerimis
kucupan bibirnya
terpatrila sebuah laut dan pandai

Setiap detik waktu berlalu
setiap hujan membasahi hati
kejujuran terhakis oleh waktu
kesih sayang silih berganti

Kaki ini berlari
dirantai tanpa tali
makin kuat cengkaman hati
permainan jiwa bersama alam disisi

Wahai sang angin
patahkan duri dengan salju beku
redupkankan gerimis senja persisiran pantai
supaya tahu makna segalanya
biar tenang tidur yang lena

[di cipta pada 08/08/2008 - 1635]
setelah melalui segala rintangan inilah hasilnya
biarlah dia menjadi sejarah hidupku.

Wednesday, February 17, 2010

♂| Korean Band |♂



Sekarang byk sngat band korea yg muncul. Dah lama munir tau band korea pun dr kwan2 hostel. Yang mule2 munir tau supper junior, tak la minat sangat. biasa je.. wondergirl pulak muncul dgn lagu nobody. layan gak lagu tuh.. al kisah tibe2 semalam masa tgh online kt umah damansara damai, ternampak SHINee kt astro. show apa tah.. bawa lagu RingDingDong - SHINee. apa lagi munir terus cari kt youtube dan terus download. smart gak la lagu tuh.. tibe2 dalam menyelami (surfing) kt youtube ternampak DBSK - Mirotic. perh video sngt dahsyat. smart seh! cam dalam game kt PS2 ala2 final fantasy gituh... serius best lagu- lagu ni walaupun x paham.


Sunday, February 14, 2010

♂| Puteri Rama-Rama |♂



Munir nk citer kt korang yg bace page munir ni... Kumpulan sanggar mustika telah buat teater.. munir ni mmg peminat teater. tp xpernah pun berlakon teater.. just minat pasal teater. suke tgk teater la... teater drong adalah dr PTPL shah alam. Pernah gak gi IB (Istana Budaya). ade la 2 or 3 teater yg Munir pernah tgk kt sana. Club Teater Sanggar Mustika ni byk kawan2 munir. lepas tgk teater ni cam agak sedih sikit la. Wlaupun munir byk gelak time teater ni berlangsung. biarla munir sendiri tau kenapa sedih tibe2. Pelakon-pelakon sngt hebat. serius dorng mmg best giler..
tp munir nk comment sikit la pasal teater ni plot nye kurang memuakankan, dari satu babak ke satu babak yang bagaikan terputus-putus. Itu pandangan munir la.. ade gak org comment yg teater ni berleret2.. dalam satu babak raja.. Dalam segi tarian pulak munir xleh nk comment lebih2 la.. sbb munir just terhibur tgk Epul dan kwan2nya menari



Alya ni watak utama sebagai rama-rama


Rafi sebagai Badut



Bad sebagai Raja



Epul dan BElla sebagai penari

Friday, January 15, 2010

♂| Sony Ecirson C901|♂


Lihat pada tajuk saja, kita sudah tau bahawa ni adalah mode hp. Kalau korang nk tau. ni la hp yg munir baru beli. Ini adlah hp kedua yg munir pernah beli. Hp pertama yg munir pernah beli sendiri ialah "nokia sabun", malangya skrin dah rosak.. selama hp rosak ni... banyak gak munir guna hp2 lain cam M-mobile,LG dan sony eric. smua hp pinjam.. now munir dah beli sendiri hp baru. Munir beli kt PAS [plaza alam sentral] model hp ni ada hitam dan peach(nmpk cam pink). Pelik nama la WAN(kawan hostel) suruh pilih warna ni.. cina tu pun suruh pilih warna ni. sbb munir nampak warna hitam tu cam biasa je (plain). so beli la yg ni. lantak la org nnk cakap apa...
munir dah beli hp baru.