Tuesday, April 10, 2012

♂| Sahabat TERBAIK |♂

9 April 2012
aku dapat call "munir, alip dah meninggal td"
-"am, alip yg mana ko jangan main2.. alip yg mana? alip yg mana? alip yg mana?"
berulang kali aku bertnya.
"alip kawan ko. kawan kita, kawan baik ko"
innalillahiwainnailaihirojiun
#accidentmotor- (aku pun motor user/agak seram plak)

sebak sedih..
alip izzan kau sabahat terbaik aku.
aku sayang kt ko..
tp ALLAH lebih menyanyangi ko lebih.


perkenalan kita bermula masa aku menjadi student MSU
dia budak baru masuk dorm aku... loghat kedah dia sngt pekat.
terkadang byk kata2 yg aku kurang paham..
"munir, ada org cakap jgn kawan ngan hang.. kena hati2 kawan ngan hang"
dialog itu lah yg mula rapatkan aku ngan dia. aku pun xtau kenapa ada org cakap mcm tu kt da.. dan dia sngt mempercayai aku.. dia kata aku baik dan kenapa dia dgr org lain cakap.. last2 kita mmg rapat. dah aku sayang kt dia.. dia deman aku jaga.. (aku dah mcm abg dia sbb kt shah alam ni dia xde famili, dak2 hostelkan famili dia) abaikan lah apa org cakap. yg penting aku rapat ngan dia.. ada org cakap aku gay ngan dia.. pedulikan org cakap.. sebab dia adalah sabahat didunia dan akhir yg slalu mengingatkan aku tentang solat.

kami slalu makan sama... lepaking sama.. dia slalu citer kt aku pasal awek2 yg dia suka.. kami bercanda suka ria... dalam masa yg sama.. dia juga slalu menasihatkan tentang hidup cinta.. dia slalu bercerita tentang cinta dia.. skrang aku dah kehilangan kawan/sabahat yg terbaik..

last chat di Facebook bersama dia #sahabatsejati



dia slalu temankan aku makan.. tp kali ini dia tidak bole temankan aku makan sebab dia nk tidur. dan tidur selamanya.. samasa di PPUM (Pusat Perubatan University Malaya) aku hanya melihat dia tidur dengan nyenyak dengan wajah yg sempura. kali terakhir aku jumpa ko pun aku kacau ko tidor.. kini aku tidak lagi dpt menganggu tidur la.. seblum ni aku slalu kacau bila dia tidur. dia mmg kaki tidor tp SOLAT tidak pernah tingal. ku hanya teringin kucup dahinya. akan tetap.. aku rebah seketika.. alip, aku sayangkan ko. ko sabahat terbaik... "aku pun jahat gak, hang je yg tak tau" dialog beliau..

ramai yg sayang kt dia. sbb dia seorng kawan/sabahat terbaik buat sesiapa yang mengenali nya.. sebelum dia meningalkan kami semua.. hnya status2 fb dia yg buat adalah peringatan utk kita semua yg masih hidup


alip. skali lagi aku nk cakap aku sayangkn ko..
aku bersyukur pada ALLAH kerana menemunikan kawan sehebat ko..
last kita jenjelan sama kt PAS (plaza alam sentral) dan kt pnks.. jalan2 cari buku SHERLOCK ko nk sngt baca buku tu... ko belikan buku utk aku juga dan highlight warnawarni utk adik aku.. "bila lagi aku nk belanja hang, hang slalu belaja aku. skrang aku nk belanja hang" - aku terharu..

byk kenangan yg tidak mampu utk aku taip disini alip.. hanya gambar senyuman mu buat aku tersenyum.. semoga segala amalanmu diterima dan diampuankn segala dosa2 mu.. semoga hang tenang di alam sana.. aku akan selalu merindukanmu. ko adalah sabahat terbaik dunia akhirat. tiada org lain yg dapat mengantikan tempat mu.. AL-FATIHA.


KENANGAN BERSAMAMU



4 comments:

Anonymous said...

hey munir..i hope u can cope with it :) al-Fatihah

-najmie136 (pw)

Kenz John said...

Be strong dude...God always be wif him!!!n u are not alone in this world!! :222

misbah al munier said...

najmi and kenz..
thx bro..

sh said...

Munir... Alif da x de :'(
[menangis]